Isnin, 15 Jun 2009

Selamat Bertugas

Selamat Datang Pn Kamsiah....Jutaan terima kasih kepada Pn Aminah

Khamis, 11 September 2008

Selamat Berpuasa....sudah 1/3 dilalui...muhasabah diri


Antara Usaha NUTP Sekarang

1. Tuntutan Elaun Kritikal untuk Guru yang mengajar ketukangan
Untuk maklumat saudara / saudari Elaun Kritikal yang telah ditarikbalik pada awal tahun 2008 akan dibayar semula.Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan surat memberitahu tarikh kuatkuasa.
Harap maklum.
Lok Yim Pheng, Setiausaha Agung NUTP


2. Satu kejayaan hasil mesyuarat antara NUTP dengan JPA pada 19.8.2008.Kumpulan guru DGA29/41 yang berada di DG44 ke DG48 sedang diuruskan.Harap bersabar.

3. Pihak NUTP telah mengadakan perjumpaan dengan pihak JPA pada 19 Ogos 2008 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Ismail Adam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengenai kumpulan guru bukan siswazah (DGA29) yang melanjutkan pelajaran kemudian dilantik ke Gred DG41 sebagai guru siswazah di mana tempoh perkhidmatan sebagai guru bukan siswazah harus diambil kira.
Insentif guru ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Mei 2008 sempena Hari Guru, iaitu tempoh perkhidmatan guru di Gred DGA29 juga diambil kira bagi tujuan pertimbangan kenaikan pangkat dari Gred DG41 ke Gred DG44 iaitu setiap 3 tahun pengalaman di Gred DGA29 dikira sebagai 1 tahun di Gred DG41 tertakluk kepada had maksimum tiga tahun pengalaman yang diberikan. Ini bermakna tempoh kenaikan pangkat dari DG41 ke DG44 secara time-based dapat dipendekkan dari 10 tahun menjadi hanya 7 tahun sahaja.
Pihak NUTP mengucapkan terima kasih kepada pihak JPA kerana insentif ini dipanjangkan kepada guru DGA32/DGA34. Namun demikian NUTP mahu insentif ini dipanjangkan juga kepada guru bukan siswazah yang melanjutkan pelajaran kemudian dilantik ke DG41 dan kini berada di DG44.
Sebenarnya kumpulan guru ini tidak ramai dan terhad kerana Gred DG44 hanya diperkenalkan pada 2004. Ramai daripada mereka ini sama ada telah berada di Gred DG48 ataupun sudah bersara.
Hasil perbincangan di antara NUTP dengan JPA adalah amat positif. Pihak JPA sanggup memberi pertimbangan kepada kumpulan guru DGA29/DG41 yang kini berada di DG44 untuk tujuan mengambil kira tempoh perkhidmatan dalam PPPLD (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma) supaya 3 tahun perkhidmatan diberi 1 tahun pengalaman mengajar untuk tujuan urusan kenaikan pangkat secara time-based DG48.
NUTP menyeru kumpulan guru yang terlibat untuk mengemukakan maklumat mereka kepada NUTP melalui faksimili ke nombor 03-62511060/ 62582946/62572414 untuk membolehkan kami menyediakan kertas kerja serta senarai nama guru yang terlibat untuk dipanjangkan ke JPA.


4. Insentif untuk Guru DGA29/41 masih dalam proses di JPA.
Pihak NUTP sedang memohon untuk mengadakan perjumpaan berkaitan isu ini sebelum sebarang siaran dikeluarkan secara rasmi kerana semua kumpulan mesti diberi insentif ini termasuk kumpulan guru DGA29/41 yang kini berada di Gred DG44.Harap bersabar.


5. KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengemukakan memorandum kepada kerajaan bagi mengusulkan skim gaji bersepadu khusus untuk kira-kira 350,000 guru siswazah dan bukan siswazah di seluruh negara, akhir tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata struktur skim gaji itu disediakan dengan khidmat pakar swasta dan akan menyediakan laluan kerjaya lebih baik serta teratur sama taraf atau seimbang kepada guru, di samping memberi penekanan kepada sistem ganjaran untuk mereka yang ada nilai tambah.
Katanya, sistem ganjaran itu antara lain memberi pengiktirafan secara peningkatan skim gaji kepada guru siswazah yang meningkatkan kelayakan akademik ke peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD).
Beliau berkata, skim gaji ketika ini tidak memperuntukkan penambahbaikan kepada guru siswazah yang melanjutkan pelajaran sehingga menyebabkan ada yang meletak jawatan atau menyertai profesion mengajar di institusi lebih tinggi.
Hashim berkata, skim bersepadu berkenaan turut membolehkan guru bukan siswazah menikmati kesinambungan tangga gaji sebagai guru siswazah dengan mengambil kira pengalaman mereka. "NUTP mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran menyediakan kursus khas kepada guru bukan siswazah apabila tamat mengikutinya, terus diiktiraf sebagai guru siswazah.
"Langkah penyeragaman skim gaji bersepadu amat perlu kerana keadaan sekarang terlalu kompleks kerana banyak kumpulan guru siswazah dan bukan siswazah menjalankan tugas sama di bawah satu sekolah sehingga mencetuskan perasaan tidak puas hati," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, usul itu ialah antara perkara yang dipersetujui pada Persidangan Perwakilan NUTP ke-18 di Pulau Pinang, baru-baru ini, dan bengkel khusus diadakan dalam waktu terdekat bagi mengumpul input berkaitan secara terperinci.
Sebagai presiden baru NUTP bagi sesi 2008-2011 menggantikan Anuar Ibrahim, Hashim, 52, turut berazam meningkatkan keahlian kesatuan itu kepada 200,000 menjelang 2015 berbanding 135,000 ketika ini, membela nasib guru gred DGA29/DG41 yang berada dalam DG44 serta memartabatkan profesion keguruan secara keseluruhan. Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng, yang turut hadir pada sidang akhbar sama pula berkata, guru sebagai kumpulan kakitangan awam terbesar memerlukan skim gaji berasingan, antara lain bagi memudahkan kerajaan membuat pertimbangan terhadap tuntutan dikemukakan.
Bukan itu saja, katanya, beberapa jawatan baru juga perlu diwujudkan di sekolah seperti setiausaha peperiksaan, ketua guru disiplin, pembantu guru dan guru kokurikulum, selain menambah staf sokongan
Sementara itu mengenai pendirian NUTP supaya dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) hanya dijalankan pada peringkat sekolah menengah pula, Hashim berkata, kesatuan berkenaan akan tetap akur sekiranya kerajaan memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan di sekolah rendah seperti sekarang.


6. KUALA LUMPUR 23 Julai - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa kerajaan menimbangkan pemberian insentif kepada guru-guru dalam kumpulan DG44 dari kumpulan bukan siswazah.Mereka merupakan kumpulan guru yang telah berkhidmat selama tiga tahun, tetapi dianggap mempunyai penghalaman satu tahun sahaja.Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, ini menyebabkan guru-guru yang kurang berpengalaman 'melangkaui' guru-guru DG44 dari segi pemberian insentif sehingga mengakibatkan perasaan kurang senang.Menurutnya, kumpulan itu juga tidak menerima tawaran kenaikan gaji seperti yang diterima oleh guru-guru yang berada dalam kumpulan DGA 29 dan DG41, baru-baru ini.Katanya, NUTP juga meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar lebih prihatin dan peka terhadap pandangan dan keluhan pihak guru.''Jangan jadikan guru-guru yang sentiasa taat setia kepada kerajaan ini sebagai mangsa,'' kata beliau dalam kenyataannya, di sini hari ini.Tambah beliau, sebenarnya kumpulan guru DG44 adalah guru berpengalaman, tetapi telah dianaktirikan dalam dua situasi tersebut.Beliau seterusnya memberitahu, sejak kebelakangan ini, beban kerja guru-guru berlipat ganda tetapi mereka tetap menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.Justeru, tambah beliau, pihak kerajaan harus mengambil kira situasi sebenar setiap warga pendidik dan memberi segala kemudahan dengan sama rata tanpa mengabaikan sesiapa.

PERCUBAAN SPM PULA BERMULA

Wahai anak-anak didik kami,
Permudahkan urusan mereka menjawab soalan percubaan SPM. Moga usaha mereka dan doa mereka termakmul dalam memperjuangkan martabat diri, sekolah, daerah, negeri dan negara. Usahalah, jangan putus usaha....SELAMAT MAJU JAYA......guru-guru dan pelajar smk dong.
SPM 2008........CEMERLANG

Ahad, 7 September 2008

Tahniah!




Tahniah diucapkan kepada Cikgu Ab Karim, Cikgu Junaidah, YM Ustaz Tengku Abdul Rahman dan Ustazah Jamilah yang layak memohon DG44. Semoga cepat mohon dan dilantik ke DG44. Maklumat lanjut sila berhubung dengan ketua kerani di pejabat sekolah.



Khamis, 4 September 2008

SMS SEKOLAH


Cikgu-cikgu......Pihak pengurusan sms sekolah meminta guru memaklumkan kepada penjaga supaya mengaktifkan telefon bimbit penjaga/ibu bapa dengan mengikut langkah di bawah.


"Pihak Sekolah Diminta Memaklumkan Kepada Penjaga Supaya Mengaktifkan Telefon Bimbit Dengan Menaip REG SMSSEKOLAH NO MYKADPELAJAR Hantar SMS Ke 32020. Contoh REG SMSSEKOLAH 850530065594"

Kerjasama guru kelas amat dihargai. Sila layari www.smssekolah.com, ID dan kata laluan adalah no KP guru. Sila hubungi guru penyelaras ICT En Khairolanwar untuk maklumat lanjut. TQ

Rabu, 3 September 2008

Sesi Fotografi SMK Dong


Sesi fotografi SMK Dong untuk persiapan majalah akan diadakan pada 8,9 dan 11 September 2008. Minta pelajar dan guru bersedia dengan menyemak jadual sesi pengambaran dari masa ke semasa di papan kenyataan kantin sekolah. Sila berhubung dengan En Adzman Bin Ismail. Pakai baju lelawa yeee..hihi